Tuesday, January 3, 2012

HONDA

PENGENALAN
- HONDA ialah sebuah syarikat pengeluaran yang ditubuhkan oleh Soichiro Honda pada tahun 1946.Pada awalnya,syarikat ini dikenali sebagai "Institut Penyelidikan Teknik Honda" di Hamamatsu,Jepun dan dua tahun kemudian nama syarikat bertukar kepada Syarikat Honda Motor.Pada peringkat awal,Honda menumpukan perhatian kepada penyelidikan dan pengeluaran motosikal.Produk awal Honda ialah motosikal 50 cc,dengan setengah kuasa kuda yang dikenali sebagai 'Jenis-A'.Pada waktu itu,penyelidikan Honda sangat dipengaruhi oleh Perang Dunia Kedua di mana petrol sukar diperolehi dan pengangkutan awam sangat tidak efisien akibat peperangan.Honda pernah mengeluarkan bahan bakar sendiri yang diperbuat daripada pokok pinus.Kereta pertama Honda dikeluarkan pada tahun 1963,iaitu kereta dua tempat duduk.Pada masa kini,kenderaan buatan Honda telah menjadi ikon dunia.

-
Ditubuhkan : 24 September 1948
- Pengasas : Soichiro Honda,Takeo Pujisawa
- Ibu Pejabat : Minato,Tokyo,Japan
- Produk : Automobiles,Motorcycles,Scooters,ATV's,Electrical Generators,Water Pumps,Lawn & Garden Equipments,Tillers,Outboard Motors,Robotics,Jets,Jet Engines,Thin-film Solar Cells.
- Induk : Honda Motor Company Ltd
- Web : HONDA (M) Official Page
- Sumber : Wikipedia : Honda
HONDA CIVIC
Buat pertama kalinya, Honda Civic menggunakan dua pelantar berbeza mengikut kawasan; satu untuk pasaran benua Asia dan Amerika manakala satu lagi untuk pasaran Eropah. Pelantar Eropah menggunakan sistem gantungan belakang yang sama seperti pada Honda Jazz serta menampilkan reka bentuk yang lebih agresif. Sementara model Amerika dan Asia menggunakan pelantar yang sama, reka bentuk luarannya pula sedikit berbeza; model Asia yang dijual di Kanada dikenali sebagai Acura CSX.Kesemua opsyen transmisi automatik bagi keluarga generasi kelapan Civic menggunakan transmisi 5 kelajuan. Selain itu, rekabentuk papan pemuka juga adalah dari jenis hibrid, iaitu gandingan takometer analog dan meter kelajuan digital. Pilihan enjin adalah sama ada enjin 1.8L ataupun enjin 2.0L.Transmisi boleh laras berterusan (CVT) digunakan pada model Honda Civic Hybrid yang mengekalkan enjin 1.3L dengan bantuan motor elektrik, tetapi dengan sistem aliran tenaga yang diperbaharui untuk meningkatkan kecekapannya. Generasi kelapan juga turut menampilkan varian Honda Civic Type R Sedan yang setakat ini hanya boleh didapati di Jepun dan Malaysia.


 1.8S & 2.0S
  




#TAMBAHAN WARNA :  CRYSTAL BLACK PEARL(NH-731P)
                                    :  BOLD BEIGE METALLIC(YR-562P)


HONDA ACCORD
H
onda Accord versi Amerika Utara masih lagi kekal sebagai sebuah kereta yang lebih besar dan bergaya dari rakan sejawatannya dari Jepun dan Eropah.Bentuk ini dijual sebagai Honda Inspire di Jepun.Lebih besar daripada model yang sebelumnya,sedan ini diklasifikasikan sebagai kereta yang bersaiz penuh oleh piawan EPA.Tersedia dalam versi coupe,serta model Crosstour,yang telah diperkenalkan di Amerika Syarikat untuk model tahun 2010.Enjin termasuk 2.0 liter 4-silinder pada kadar 177 bhp (132 kW) dengan 161 kaki untuk sedan dan 190 bhp (142 kW) dengan 162 kaki untuk coupe,serta 3.5 liter V6 pada kadar 272 bhp (203 kW) dan 254 kaki.Di Australia,New Zealand,Sri Lanka,India,Thailand,Indonesia dan Singapura,kereta ini dipasang di Thailand,dijual sebagai Honda Accord dalam bentuk pemanduan belah kiri atau kanan.Di Malaysia,Honda Accord adalah pemasangan tempatan.Di Hong Kong,kereta ini dibuat di Jepun dan dijual sebagai Honda Accord.Dan di Taiwan,Honda Accord ialah pemasangan tempatan.Di China,Guangqi Honda juga membuat kenderaan ini dengan enjin 2.0L,2.4l dan 3.5L.Guangqi mula membuat Accord Crosstour pada tahun 2010.

2.0 VTi , 2.0 VTi-L , 2.4 VTi-L & 3.5 V6





 


HONDA CITY 
Honda City baharu dilancarkan di Bangkok, Thailand semasa acara Siam Paragon pada 10 September 2008 diikuti New Delhi, India pada 25 September 2008 dan seterusnya pada Januari 2009 di Pakistan dan Indonesia. Honda turut mengumumkan bahawa model City ini turut ditawarkan di beberapa negara Eropah dengan enjin 1.4 liter i-VTEC yang dipadankan sama ada dengan transmisi manual 5 kelajuan ataupun transmisi automasi manual (AMT) i-SHIFT 6 kelajuan. Bahagian belakang Honda City.Ia turut dilancarkan di Malaysia pada 18 Disember 2008. Ia dijadualkan untuk tiba di Singapura menjelang penghujung September. Model yang dijual di Malaysia dan Singapura hanya didapati dengan tranmisi automatik 5 kelajuan. Di Malaysia, model ini boleh didapati dalam dua varian berikut:-
  • Gred S - model asas dengan rim aloi 15 inci
  • Gred E - model lanjutan dengan rim aloi 16 inci, "paddle shift", butang kawalan audio pada stereng, lampu isyarat membelok pada cermin sisi, cermin sisi boleh dilipat serta tempat duduk belakang boleh dilipat


1.5L (S) & 1.5L (E)

















HONDA JAZZ
Generasi kedua Jazz ditampilkan sebagai model tahun 2008 pada 17 Oktober 2007 di Pertunjukan Kereta Tokyo. Kereta tersebut mempunyai asas roda lebih panjang daripada pendahulunya serta lebih lebar dan lebih panjang. Tinggi keseluruhan tidah berubah, manakala tinggi dalaman bertambah sebanyak 0.3 in. Tempat duduk berbilang mod serta konfigurasi kargo dikekalkan, dengan alas kepala yang direka semula untuk memudahkan tempat duduk belakang dilipat. Bahagian kabin menampilkan isipadu dalaman lebih besar,manakala ruangan but berkurangan daripada 21.3 kepada 20.6 kaki padu (0.58 m3).Dua pilihan enjin ditawarkan pada model baru Jazz. Model 1.3 L (~79 inci padu) i-VTEC menghasilkan 98 kk (73 kW) pada 6,000 rpm dan 98 lb·ka (133 N·m) pada 4,500 rpm. Enjin ini ditawarkan pada kedua-dua pasaran Eropah dan Asia. Enjin 1.5 L (~92 inci padu) i-VTEC turut ditawarkan serta menghasilkan keluaran maksimum 117 kk (87 kW) pada 6,600 rpm dan 106 lb·ka (144 N·m) pada 4,800 rpm.Model 1.5L ini merupakan satu-satunya pilihan enjin bagi pasaran Malaysia serta boleh didapati dalam transmisi 5 kelajuan automatik sahaja.Kerangkanya telah dijurutera semula, dengan ketegaran struktur meningkat sebanyak 164 peratus.Jazz kini menampilkan pemanduan dan pengendalian yang diperbaharui.


GRADE S & V






HONDA CR-V 2.0
Honda CR-V merupakan sebuah SUV "pindah silang" padat keluaran syarikat automotif Jepun Honda sejak tahun 1996. Ia direka bentuk berasaskan Honda Civic untuk memenuhi keperluan pengguna yang mahukan produk SUV keluaran Honda. Terdapat percanggahan mengenai maksud "CR-V", dengan beberapa sumber Honda dari beberapa negara lain memberikan maksud berbeza. Misalnya, Honda UK mentakrifkan "CR-V" sebagai "Compact Recreational Vehicle" (Kenderaan Rekreasi Padat), manakala beberapa sumber rujukan Honda yang lain (termasuklah Buku Fakta Rasmi Honda CR-V Jepun dan Honda Sedunia) mentakrifkannya sebagai "Comfortable Runabout Vehicle" (Kenderaan Persiaran Selesa). Ia dikeluarkan dalam kedua-dua versi pacuan roda hadapan dan pacuan empat roda, tetapi kebanyakan negara hanya mengeluarkan versi pacuan empat roda





1 comment:

effamocchino said...

V-Max vs T1 (T2) Titanium Price: $150 - TiG - TiG - TiG
This titanium cookware item is titanium powder unavailable. titanium easy flux 125 Type: titanium mig 170 UPC: 95782481715. Add a link: Terms of Use; Display: Terms of micro touch titanium trim where to buy Use; Product Details