Tuesday, January 3, 2012

PROTON

PENGENALAN
- Proton (singkatan untuk Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd) yang ditubuhkan pada 7 Mei 1983 dengan model berbayar sebanyak 150 juta ringgit.Merupakan pengeluar kereta pertama Malaysia.Penubuhannya merupakan gagasan Dr.Mahathir bin Mohamad,Perdana Menteri ketika itu,untuk mencapai aspirasi negara menuju ke arah perindustrian.Tugas berat ini disokong oleh Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM),serta rakan-rakan usaha sama dari seberang laut.Pemegang saham terdiri daripada Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM) sebanyak 70%,Mitsubishi Motors Corporation,Jepun (15%) dan Mitsubishi Corporation,Jepun (15%).Kilang PROTON terletak di Kawasan Perindustrian HICOM,Batu Tiga,40000 Shah Alam,Selangor dan Tanjung Malim,Perak.

- Ditubuhkan : 1983
- Ibu Pejabat : Subang Jaya dan Shah Alam,Selangor Darul Ehsan,Malaysia
- Produk : Car , automotive parts.
- SumberWikipedia : Proton

PROTON INSPIRA
Proton Inspira,sebelum ini dikenali sebagai Proton Sedan Baru,atau nama kodnya P390A, adalah model sedan baru untuk menggantikan Proton Waja yang dikeluarkan oleh Proton berasaskan Mitsubishi Lancer GT. Ia adalah sebahagian daripada perjanjian pemindahan teknologi antara Proton dan Mitsubushi.Tiga varian bakal dikeluarkan di kilang Proton iaitu 2.0 liter CVT dengan kawalan paddle shift yang mengawal enam kelajuan maya, 1.8 liter CVT dan 1.8 liter manual. Harga jualan bermula dari RM79,888 bagi model 1.8 liter manual sehinggalah RM95,000 bagi model 2.0 liter CVT. Model pertengahan juga adalah model 1.8 CVT.


INSPIRA 1.8 & 2.0







PROTON PERSONA
Proton Persona merupakan kereta sedan yang dihasilkan oleh pengeluar kereta kebangsaan Malaysia, Perusahaan Otomobil Nasional, PROTON. Ia dihasilkan bagi menggantikan model sebelumnya, Proton Wira yang berusia 14 tahun. Di United Kingdom dan di Indonesia, model Persona ini dikenali sebagai Proton Gen-2 Persona bagi mengelak kekeliruan dengan model Proton Wira yang dipasarkan dengan nama Proton Persona di sana.

ELEGANCE 1.6






SPECIAL EDITION 1.6





PROTON SAGA
Mula diumumkan secara rasmi pada 1 Januari 2008,model Saga yang berasaskan Mitsubishi digantikan dengan pengganti yang direka semula sepenuhnya, dikodkan sebagai Proton BLM (Base Line Model), juga dikenali sebagai Model Gantian Proton Saga, yang terus menggunakan nama Saga. Model generasi terdahulu akan dihentikan pengeluarannya pada Mei 2008.Kelibat kereta tersebut mula kelihatan seawal pertengahan 2007 semasa ujian di jalan raya Malaysia, dilitupi tengan pita pelekat samaran hitam, sebelum sesi pra-tonton model tersebut mula ditawarkan pada awal 2008, diikuti dengan pelancaran rasminya pada 18 Januari 2008. Proton Saga baru ini adalah model Proton paling rendah, dengan harga dalam lingkungan RM31,400 dan RM39,800 semasa pelancarannya.Seperti generasi pertama Saga, kereta ini merupakan model kereta subkompak sedan 4 pintu dengan reka bentuk konservatif, dan turut mengekalkan sebahagian kecil reka bentuk daripada Proton Saga model tahun 2007 serta Proton Savvy, dan ia dibina berasaskan platform Proton Savvy yang dipanjangkan. Beberapa bahagian pada kerangkanya turut dibina khas bagi meningkat prestasi keselamatan semasa perlanggaran - bahagian zon remuk atau bahagian yang menyerap kebanyakan tenaga semasa perlanggaran.Kereta tersebut digerakkan dengan enjin Campro yang diubahsuai, dilengkapi dengan Modul Masukan Udara Bahan Api (IAFM), serta ditawarkan dengan tranmisi manual atau automatik.Terdapat dua pilihan enjin bagi Proton Saga generasi kedua iaitu enjin 1.3 liter dan 1.6 liter.
Menurut seorang jurutera Proton, Proton Saga generasi kedua ini direka bagi membolehkannya ditukar kepada kenderaan gas asli (NGV) tanpa perlu banyak mengorbankan ruang but belakang bagi menempatkan tangki NGV.


FL 1.3







FL 1.6






FLX 1.3








PROTON WAJA
Proton Waja
, juga dipanggil Proton Impian di Eropah, merupakan kereta sedan keluaran syarikat automotif nasional Malaysia,Proton, yang juga merupakan kereta pertama direka sendiri tetapi dengan casis yang direka berpandukan casis Mitsubishi Carisma.Dilancarkan pada Ogos 2000, Proton Waja menggunakan enjin Mitsubishi 4G18 1.6L sebelum menggunakan enjin Campro pada tahun 2006. Pada penghujung tahun 2005, satu lagi varian eksklusif Waja dengan tapak roda yang lebih panjang iaitu Proton Waja Chancellor dilancarkan, digerakkan oleh enjin 6A12 2.0L V6 yang turut digunakan pada Proton Perdana.

CamPro 1.6L  Premium CPS




PROTON SATRIA NEO
Proton Satria Neo
dilancarkan pada Jun 2006 sebagai pengganti kepada generasi pertama Proton Satria. Digerakkan oleh enjin Campro, model ini boleh didapati dalam 2 piilhan enjin iaitu 1.3L dan 1.6L. Model high-line 1.6L turut menawarkan ciri keselamatan seperti beg udara, ABS dan EBD. Semua model Satria Neo boleh didapati dalam pilihan tranmisi manual serta tranmisi automatik. Mulai tahun 2009, model high-line 1.6L kini menggunakan enjin Campro CPS dengan teknologi pemasangan injap boleh laras yang menawarkan peningkatan kuasa sehingga 125 hp berbanding 110 hp pada enjin sebelumnya.

1.6







PROTON EXORA
Proton Exora ialah MPV dihasilkan oleh Proton. Pembangunan model MPV ini bermula daripada sifar dan ia bakal menjadi MPV pertama rekaan anak Malaysia. Bahagian belakang bumbungnya tidak bercerun sebagaimana kebanyakan MPV masa kini untuk menambah ruang pada barisan ketiga. Proton berkemungkinan akan menggunakan enjin Campro CPS 1.6L untuk menggerakkan MPV ini memandangkan penggunaan bahan apinya lebih baik daripada enjin yang lebih besar. Beberapa gambar intipan dari internet menunjukkan Proton sememangnya ada mencuba enjin berkenaan pada MPV keluaran syarikat kereta lain. Gambar-gambar Proton Exora yang terdedah sepenuhnya sudah tersebar di serata internet pada 23 Januari 2009, lebih awal daripada tarikh pelancaran yang sepatutnya pada bulan April 2009.

1.6 (B-LINE/M-LINE/H-LINE)
 





No comments: